Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

187) ANAK TIDAK SAH TARAF

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah bilangan anak-anak tidak sah taraf (anak luar nikah) yang telah didaftarkan di Negeri Selangor dari tahun 2011 dan 2012 dan apakah peratus pecahan mengikut bangsa?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia, anak tidak sah taraf yang telah didaftarkan di Negeri Selangor bagi tahun 2011 adalah seramai 7,283 orang dan tahun 2012 adalah seramai 7,608 orang.  Peratus pecahan mengikut bangsa bagi anak tak sah taraf di Negeri Selangor adalah sebanyak:

    TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN
    2011 35% 8% 21% 36%
    2012 36% 8% 17% 39%

    Jabatan Pendaftaran Negara hanya bertanggungjawab untuk mendaftarkan kelahiran kanak-kanak yang berlaku di Malaysia samada dalam kategori anak sah taraf ataupun anak tidak sah taraf. Walau bagaimanapun, langkah-langkah pencegahan bagi masalah anak tidak sah taraf adalah di luar bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    TAHUN

    2011

    MELAYU CINA   INDIA   LAIN-LAIN JUMLAH KESELURUHAN
    JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH %
    2559 35% 558 8% 1504 21% 2662 36% 7283 100%
    TAHUN

    2012

    MELAYU CINA   INDIA   LAIN-LAIN JUMLAH KESELURUHAN
    JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH % JUMLAH %
    2739 36% 633 8% 1269 17% 2967 39% 7608 100%

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.