ANAK YATIM
16) ANAK YATIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah anak yatim yang telah berdaftar di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Kesihatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sentiasa prihatin terhadap nasib anak-anak yatim yang memerlukan penjagaan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod pendaftaran pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sehingga Oktober 2015, sebanyak 70 buah pusat jagaan kanak-kanak berkediaman telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Statistik pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak berkediaman mengikut daerah adalah seperti berikut:-
DAERAH PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK BERKEDIAMAN PETALING 26 HULU LANGAT 15 GOMBAK 10 KLANG 9 HULU SELANGOR 4 KUALA SELANGOR 2 SEPANG 2 KUALA LANGAT 1 SABAK BERNAM 1 JUMLAH
70
