Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

91) ANCAMAN DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan punca-punca kes wabak denggi di Selangor mengikut peratusan dan kawasan DUN.

    Laporan Situasi Denggi di Negeri Selangor secara kumulatif sehingga 25 Ogos 2018 telah merekodkan sebanyak 27,453 kes, berbanding 35,343 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2017. Jumlah kes denggi bagi tahun 2018 menunjukkan pengurangan sebanyak 31% berbanding tahun 2017.

    Kumulatif kes kematian pula mencatatkan sebanyak 21 kes sehingga 25 Ogos 2018 berbanding 55 kes kematian pada tahun 2017, iaitu pengurangan sebanyak 62%. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kes denggi dan kematian bagi tahun 2018 dan 2017 mengikut daerah :

    DAERAH KUMULATIF KES KUMULATIF KEMATIAN
    2018 2017 2018 2017
    Petaling 9,246 10,723 8 12
    Klang 7,181 5,843 2 5
    Hulu Langat 4,621 11,051 4 26
    Gombak 3,397 4,169 0 7
    Sepang 790 1,540 3 1
    Kuala Langat 874 942 1 1
    Hulu Selangor 815 548 1 2
    Kuala Selangor 419 388 2 1
    Sabak Bernam 110 139 0 0
    JUMLAH 27,453 35,343 21 55

    YB Bandar Utama bertanyakan jumlah kes denggi sejak 5 tahun lepas mengikut DUN. Lampiran 1 menunjukkan maklumat jumlah kes denggi dan kes kematian daripada tahun 2014 sehingga tahun 2018 mengikut daerah. Walaubagaimanapun, maklumat kes denggi bagi kawasan DUN masing-masing boleh merujuk kepada Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah yang diadakan pada setiap minggu.

    YB Hulu Bernam bertanyakan kadar penurunan kes denggi berbanding negeri lain. Berikut adalah kadar penurunan atau peningkatan kes denggi mengikut negeri bagi tempoh yang sama sehingga 7 Julai 2018:

    NEGERI TAHUN 2017 TAHUN 2018 PENURUNAN / PENINGKATAN
    KUMULATIF KUMULATIF
    KELANTAN 1,695 485 -71.40%
    NEGERI SEMBILAN 2,226 681 -69.40%
    MELAKA 838 287 -65.80%
    PERAK 4,156 1,625 -60.90%
    SARAWAK 648 271 -58.20%
    NEGERI TAHUN 2017 TAHUN 2018 PENURUNAN / PENINGKATAN
    KUMULATIF KUMULATIF
    PAHANG 1,010 452 -55.20%
    WPKL/

    PUTRAJAYA

    5,284 2,986 -43.50%
    TERENGGANU 167 109 -34.70%
    SELANGOR 28,201 19,357 -31.40%
    JOHOR 4,117 2,869 -30.30%
    KEDAH 915 1,010 10.40%
    PERLIS 116 141 21.60%
    SABAH 1,032 1,697 64.40%
    PULAU PINANG 1,263 2,299 82.00%
    LABUAN 26 50 92.30%
    MALAYSIA 51,694 34,319 -33.60%

    YB Sijangkang pula bertanyakan jumlah kes demam denggi yang telah dikesan melalui klinik-klinik panel Skim Peduli Sihat. Sehingga 27 Ogos 2018, sebanyak 238 kes denggi telah dikenal pasti melalui klinik panel Skim Peduli Sihat.

    YB Bandar Utama juga bertanyakan peratusan punca-punca kes denggi yang direkodkan. Merujuk kepada Laporan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Malaysia, kadar peratusan aedes positif yang dijumpai mengikut jenis premis adalah seperti berikut :

    JENIS PREMIS BIL. PREMIS

    DIPERIKSA

    BIL. PREMIS

    POSITIF

    POSITIF

    Taman Mainan / Rekreasi 3,869 776 20.10%
    Tanah / Lot Kosong 86,796 16,354 18.80%
    Tanah Perkuburan 692 64 9.20%
    Tempat              Pembuangan

    Sampah

    14,362 1,298 9.00%
    Kilang/Gudang 9,388 826 8.80%
    Tempat Ibadat 5,086 407 8.00%
    Tumpuan Awam 31,498 2,466 7.80%
    Projek Rumah Terbengkalai 566 37 6.50%
    Pejabat Kerajaan 3,319 166 5.00%
    Sekolah

    (Termasuk asrama)

    17,773 778 4.40%
    Kemudahan Kesihatan 1,586 49 3.10%
    Kompleks Perniagaan 5,222 153 2.90%
    Tapak Binaan 27,577 746 2.70%
    Rumah Kediaman 1,955,276 42,930 2.20%

     

    PERUNTUKAN 

    Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk menampung perbelanjaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi. Hanya negeri Selangor sahaja yang memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk menangani denggi berbanding negeri lain di Malaysia. Sebahagian besar peruntukan ini adalah bagi melantik Pest Controller Operator (PCO) bagi membantu kawalan di peringkat PBT iaitu sebanyak RM1.89 juta. Selain itu, RM1.2juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi pembelian racun serta peralatan dan keperluan dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan. Mesyuarat Tindakan Denggi Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah pula telah diperuntukan sebanyak RM350,000.00 mengikut daerah bagi menangani isu berbangkit berkaitan yang boleh menyebabkan pembiakan denggi.

    Bermula pada tahun ini, sebanyak RM1.248 juta peruntukan telah disalurkan kepada Ahli Majlis melalui PBT bagi bersama-sama melaksanakan aktiviti pencegahan di kawasan masing-masing dengan melibatkan masyarakat setempat. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk mengkhususkan sebanyak RM10,000 daripada peruntukan Khidmat Masyarakat DUN digunakan bagi melaksanakan program gotong-royong untuk turut membantu aktiviti pencegahan denggi.

    Menjawab persoalan dari YB Semenyih, jadual berikut menunjukkan jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri daripada tahun 2016 sehingga tahun 2018 bagi aktiviti kawalan dan pencegahan denggi.

    TAHUN PERUNTUKAN (RM)
    2016 1,500,000.00
    2017 5,000,000.00
    2018 5,000,000.00

    Kes demam Denggi Negeri Selangor dipantau secara konsisten melalui 2 Mesyuarat Tindakan Denggi iaitu:

    1. Mesyuarat Tindakan Denggi Negeri Selangor yang diadakan setiap 2 minggu bagi membincangkan dan merangka dasar serta melaksanakan program-program kawalan dan pencegahan denggi. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Jabatan di peringkat Negeri; dan
    2. Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau wakilnya diadakan setiap minggu bagi membincangkan permasalahan di lokaiti wabak terutama hotspot . Mesyuarat ini akan memutuskan tindakan serta merta di peringkat daerah bagi permasalahan denggi. Mesyuarat ini dihadiri wakil Jabatan di peringkat daerah termasuk Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan pihak terlibat langsung dengan isu dibincangkan.

    Dalam masa yang sama, selain usaha sedia ada yang sedang dilaksanakan, terdapat pelbagai usaha baru yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini termasuklah :

    1. Pelantikan semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan menjadi Pengerusi Denggi Mengikut zon dengan peruntukan khas yang telah disalurkan kepada setiap Ahli Majlis bagi membantu mengurangkan penularan kawasan wabak di kawasan masing-masing. Setiap Ahli Majlis perlu mewujudkan Pasukan Denggi di sesuatu lokaliti hotspot seperti COMBI bagi menanamkan rasa kebertanggungjawaban mencegah denggi perlu dilakukan bersama-sama.
    2. Pelaksanaan OPS Bersepadu Denggi Peringkat Daerah di mana PBT lain dimobilisasikan ke daerah yang mencatatkan bilangan kes yang tinggi pada sesuatu masa.
    3. Setiap PBT diminta mengadakan Taklimat kepada kontraktor pembersihan terutama kontraktor di bawah lantikan PBT bagi memastikan kerja-kerja yang pembersihan meliputi penghapusan tempat pembiakan aedes.
    4. Program Nyamuk Wolbachia oleh Institute of Medical Research (IMR) telah dilaksanakan bermula Mac dan Mei 2017 di AU2, Taman Keramat dan Blok D, Seksyen 7, Shah Alam. Program ini di luaskan kepada lokaliti hotspot yang lain di daerah Petaling iaitu di Seksyen 7 Pusat Komerisal, Shah Alam dan Mentari Court, Petaling Jaya.
    5. Pelaksanaan Pendekatan Ekosistem Kawalan dan Pencegahan Denggi. Pendekatan Ekosistem telah dilaksanakan di beberapa daerah yang mencatatkan kes demam denggi yang tinggi.
    6. Menggalakkan penglibatan semua rumah ibadat Islam dan selain Islam untuk mengadakan gotong-royong di kawasan masing-masing bagi menjaga dan memastikan premis adalah bebas aedes.

    Halangan utama dalam membanteras kes denggi di Selangor adalah sikap masyarakat itu sendiri. Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat dalam memainkan peranan membantutkan segala usaha yang telah dilakukan di peringkat negeri. Masyarakat sepatutnya perlu memastikan keadaan rumah ataupun kawasan sekeliling sentiasa bersih dan bebas dari menjadi kawasan pembiakan aedes. Usaha yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama dari pihak masyarakat. Permasalahan masih berlaku secara berulang walaupun tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa. Lanjutan itu, kempen bersama masyarakat sentiasa digiatkan bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam bersama-sama menangani kes demam denggi.

    LAMPIRAN 1

    BILANGAN KES DENGGI DAN KEMATIAN BAGI TAHUN 2014 SEHINGGA 20 OGOS 2018 (MINGGU EPID 34/2018)

    MENGIKUT DAERAH DI SELANGOR

    DAERAH KES DAFTAR DAN KEMATIAN DENGGI
    2014 2015 2016 2017 2018 (sehingga 25 Ogos 2018)
    DAFTAR MATI DAFTAR MATI DAFTAR MATI DAFTAR MATI DAFTAR MATI
    GOMBAK 7,266 17 7,915 23 5,834 8 5,727 10 3,397 0
    HULU LANGAT 11,748 18 14,919 32 11,830 24 13,243 29 4,621 4
    HULU SELANGOR 1,301 2 1,204 2 1,050 4 865 3 815 1
    KLANG 7,443 15 8,404 16 7,623 10 7,913 7 7,181 2
    KUALA LANGAT 861 0 1,294 4 1,422 1 1,328 2 874 1
    KUALA SELANGOR 799 2 905 3 596 2 551 2 419 2
    PETALING 24,094 21 25,477 39 21,069 27 13,658 13 9,246 8
    SABAK BERNAM 250 0 323 0 242 0 198 0 110 0
    SEPANG 527 2 2,757 8 1,986 2 1,807 1 790 3
    TOTAL 54,289 77 63,198 127 51,652 78 45,290 67 27,453 21

     

Lampiran

Tiada Lampiran.