Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

108) ANCAMAN DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk membanteras wabak denggi di Selangor khususnya di kawasan Hulu Langat?

    Tuan Speaker,

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, antara langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk membanteras wabak denggi di Selangor khususnya di kawasan Hulu Langat adalah seperti berikut :

    1. Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Hulu Langat. Program ini memberi fokus kepada pembersihan tempat pembiakan nyamuk aedes, pembersihan kawasan hotspot denggi, pembersihan pangsapuri kos rendah, pembersihan tapak binaan, pembersihan longkang, taman awam dan taman

     

    1. Pembentukkan Task Force Denggi diperingkat PBT iaitu MPAJ dan MPKJ yang melibatkan pelbagai Jabatan berkaitan di PBT mengerakkan aktiviti kawalan Denggi yang lebih

     

    • Mengadakan Mesyuarat Kawalan Denggi di Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan di hadiri oleh pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu denggi di daerah Hulu Langat

     

    • Meningkatkan penguatkuasaan perundangan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan

     

    • Menjalankan Operasi Tapak Bina di daerah Hulu Langat

     

    • Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya demam denggi dan cara pencegahan dengan mengadakan kempen dan taklimat di sekolah rendah dan menengah

     

    • Mengehebahkan mengenai wabak denggi melalui khutbah jumaat dan ceramah di masjid dan surau

     

    • Menggiatkan aktiviti gotong –royong di peringkat masyarakat

     

    • Membuat edaran risalah denggi dan memberi abate semasa program gotong-royong penduduk

     

    • Kementerian Kesihatan sedang menjalankan semburan ORS ( Outdoor Residual Spray ) yang mengunakan bahan kimia delta Metrine di kawasaan yang di tetapkan di daerah Hulu

Lampiran

Tiada Lampiran.