Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

248) ANCAMAN KEMARAU KEPADA PETANI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan kerajaan negeri untuk membantu golongan petani bagi menghadapi musim kemarau berpanjangan?

    Melalui Jabatan Pertanian, kerajaan negeri akan melaksanakan perkara- perkara berikut:

    • Memperhebatkan aktiviti pengembangan pertanian bagi menerangkan kesan El-Nino kepada  sektor  pertanian  dan  persediaan menghadapinya.
    • Menggalakkan penyediaan tangki simpanan air hujan (rainwaterharvestingtank) untuk kegunaan pengairan terutamanya untuk kegunaan tanaman secara fertigasi dan
    • Meningkatkan kecekapan penyaluran air melalui pam air dan paip saluran yang lebih
    • Menggalakkan penggunaan sistem pengairan titis (dripirrigation) dan penyembur berkabus (mistblower)yang menjimatkan air terutamanya untuk sayuran
    • Penggunaan sungkupan (mulching) plastik atau bahan organik untuk mengurangkan sejatan air dari tanah yang berlebihan.

Lampiran

Tiada Lampiran.