Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

135) ANCAMAN KUMPULAN MILITAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk mengekang individu yang terlibat dalam kumpulan militan di Selangor?

    Dalam mengekang individu yang terlibat dalam kumpulan militan di Selangor pihak Kerajaan Negeri lebih memfokuskan kepada aspek pencegahan dan mengawal dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut :

    Pengeluaran Fatwa Gerakan Militan Al Dakwah Al Islamiya Fi Iraq Wal Al Sham (DAESH) atau Militan Islamic State In Iraq Anad Syams (ISIS) atau Militan Islamic State (IS) yang telah diwartakan pada 3 Februari 2016.

     Khutbah Jumaat berkenaan IS dan konsep Jihad yang telah dibaca di setiap masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di seluruh Negeri Selangor pada 27 November 2015, bertajuk : IS Pengganas Bertopengkan Islam.

    Program Bicara Fatwa Selangor. Dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa secara umum termasuklah juga fatwa berkaitan IS.

    Setakat Mei jadual program ini adalah seperti berikut :

    BIL. TARIKH SASARAN PESERTA TEMPAT
    01. 24 Februari 2016

    Rabu

    Pemegang Tauliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
    02. 29 Februari 2016

    Isnin

    Pelajar Sek. Men. Keb. Setia Alam, Shah Alam
    03. 24 Mac 2016

    Khamis

    Pelajar Sek. Jenis Keb. Cina Yoke Kuen, Sekinchan
    04. 29 Mac 2016

    Selasa

    Pelajar Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh
    05. 28 April 2016

    Khamis

    Pelajar Masjid Kampung Johan Setia, Klang
    06. 4 Mei 2016

    Rabu

    Pelajar Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang

     

    Siaran di Akhbar Nasional (Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Selangor Kini)

    Program Turun Padang “Dialog Fatwa @ Mesra Ummah Bersama JMNS” Program ini di laksanakan di masjid-masjid terpilih di negeri Selangor dan di dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan secara umum dan mengadakan sesi dialog atau soal jawab berkaitan fatwa yang telah dijelaskan dan isu-isu berkaitan hukum syarak di lokasi-lokasi berikut :

    • Masjid Ijtimai’, Tebuk Pulai
    • Masjid Al Bakri, Bukit Naga
    • Masjid As Syakirin, Dengkil
    • Masjid Ubudiyah, Kerling
    • Masjid Rinching Hilir, Semenyih
    • Masjid Ara Damansara, Petaling
    • Masjid Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa

    Radio (Selangor.fm). Slot di Selangor.fm 2 kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Jumaat, bermula jam 6.15 petang hingga 6.45 petang. Di dalam slot ini pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan tentang-tentang fatwa yang telah dikeluarkan dan diwartakan termasuklah fatwa dan isu berkaitan IS

    Laman Web JMNS

Lampiran

Tiada Lampiran.