Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

76) ANCAMAN TIKUS

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah usaha setiap PBT dalam menangani ancaman tikus di Selangor?

    Antara usaha PBT Negeri Selangor dalam menangani ancaman dan masalah pembiakan tikus adalah seperti berikut:-

     

     

    PBT

     

    USAHA- USAHA PEMBASMIAN TIKUS

     

     

     

     

    MBSA

     

    i.        Penggunaan perangkap.

    ii.        Penggunaan racun tikus.

    iii.        Bekerjasama dengan penduduk dan MPP bagi aktiviti penangkapan dan kawalan tikus di kawasan kediaman.

    iv.        Menjalankan operasi pemusnahan tikus di tempat-tempat yang di khuatiri menjadi kawasan urungan tikus terutama di pasar dan gerai-gerai Majlis.

    v.        Mewajibkan setiap premis melantik pihak ‘pest control’

     

     

    MBPJ

     

    i.        Memperkenalkan program kawalan tikus iaitu Kempen MR RAT (Mass Rat Reduction Action Task Force)

    ii.        Membuat kawalan tikus di kawasan Majlis berdasarkan aduan orang awam dan gerai-gerai majilis.

     

     

     

     

    MPK

     

    i.        Melaksanakan pemeriksaan pembersihan terhadap semua premis makanan yang berlesen serta kaedah penyimpanan bahan mentah makanan serta pembuangan sisa-sisa makanan.

    ii.        Melaksanakan Pengreddan Premis Makanan;

    iii.        Menjalankan Operasi Kebersihan dan Penutupan Premis makanan yang kotor.

    iv.        Menguatkuasakan syarat-syarat kesihatan dan pelesenan terhadap semua premis berlesen tentang langkah-langkah kesihatan dan pengawalan serangga, lipas dan tikus

     

     

     

     

     

    MPAJ

     

    i.        Operasi kawalan tikus dilaksanakan berdasarkan aduan dan permintaan

    ii.        Program / kempen pemusnahan tikus pada setiap bulan menggunakan perangkap tikus dan racun ‘Racumin Paste’

    iii.        Pengedaran risalah dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit kencing tikus dan kawalan tikus diberi setiap kali program pameran kesihatan dijalankan.

     

     

    MPS

     

    i.        Penggunaan kaedah “Hot Spot tikus”

    ii.        Menggunakan racun, perangkap dan sauk

    iii.        Menjalankan aktiviti taburan racun di kawasan yang berpotensi pembiakan tikus seperti di rumah kedai, pasar awam dan perumahan

     

     

     

     

     

     

     

    MPSJ

     

    i.                            Program kawalan pemusnahan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima (i-Responz)

    ii.                             Mengadakan operasi basmi tikus secara berjadual disamping program basmi tikus bersama-sama dengan penduduk sekurang-kurangnya 1 kali seminggu di kasawan komersial.

    iii.                               Tindakan secara proaktif dilakukan setiap hujung minggu dan penglibatan bersama di dalam program-program anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP)

    iv.                              Penggunaan umpan beracun (racun digaul dengan roti)  sebagai kaedah kawalan dengan menaburnya di tempat-tempat terdapat kurungan tikus.

    v.                            Menjalankan pemeriksaan tahap kebersihan di premis makanan dan mewajibkan setiap premis yang menjalankan aktiviti pembersihan dan membuat kawalan makhluk perosak di premis masing-masing.

     

    MPKJ

     

    i.      Menjalankan    pemeriksaan     dan     penguatkuasaan    secara berjadual keatas kebersihan premis makanan

     

     

    MPSP

     

    i.        Menjalankan operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan secara berjadual keatas kebersihan premis makanan

    ii.        Kawalan keatas pengeluaran sisa makanan dengan pematuhan dan penguatkuasaan ‘grease trap’

     

     

    MDKL

     

    i.        Menguatkuasakan   Undang-Undang  Kecil   berkaitan    premis seperti UUK Establishmen Makanan 2007

    ii.        Mewajibkan   semua   premis   makanan/restoran                         menjalankan kerja-kerja kawalan serangga (pest control)

    iii.        Menjalankan    kerja-kerja     kawalan    tikus    secara    berjadual

     

    terutama di kawasan pasar awam dan kedai/premis perniagaan

    iv.      Kempen perangi tikus secara berterusan bersama agensi lain seperti Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat

     

     

    MDKS

     

    i.        Pihak Majlis telah memasang perangkap tikus di kawasan yang dikenal pasti berpotensi secara berkala

    ii.        Program     membasmi     tikus     secara     besar-besaran     telah dijalankan mulai tahun 2013 sehingga sekarang

     

    MDHS

     

    i.      Kempen secara berkala dan kawalan di kawasan medan selera dan pasar awam

     

    MDSB

     

    i.      Mengedarkan perangkap tikus besi dan gam tikus kepada gerai dan premis

     

Lampiran

Tiada Lampiran.