Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

145) ANGGOTA PENGUATKUASA MPK YANG TIDAK MENCUKUPI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. MPK adalah di antara PBT yang mempunyai keluasan yang besar wilayah pentadbirannya. Sesungguhnya Jabatan penguatkuasa mempunyai tugasan yang amat berat dari segi penguatkuasaan undang-undangnya. Apakah peranan pihak kerajaan untuk menangani kekurangan pegawai penguatkuasa MPK?

    Sehingga tahun 2011, jumlah kakitangan penguatkuasa di Jabatan Penguatkuasaan MPK adalah seramai 228 orang yang terdiri dari 07 pegawai, 13 anggota pembantu penguatkuasa kanan, 203 anggota pembantu penguatkuasa, 03 pembantu tadbir serta 02 pemandu. Jika dilihat dari segi keluasan wilayah yang berukuran lebih kurang 574 km persegi, kekuatan anggota sedia ada tidak mencukupi untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan di bawah kawasan pentadbiran Majlis. Bagi menangani kekurangan anggota, pihak Majlis melalui Badan Berkuasa Melantik akan membuat penambahan kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan. Pertambahan keluasan pentadbiran Majlis hampir 3 kali ganda pada 2005 merupakan suatu cabaran baru dengan pertambahan anggota penguatkuasa akan membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih efektif dan efisien.

Lampiran

Tiada Lampiran.