Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

220) ANJING LIAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan menyediakan pelan komprehensif untuk mengatasi masalah anjing liar yang semakin membimbangkan?

    a) b) dan c)

     

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil pelbagai langkah yang komprehensif bagi membasmi anjing liar yang semakin membimbangkan. Kerajaan Negeri juga akan menggunapakai Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Lampiran A yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT). Antara langkah yang telah diambil adalah seperti di berikut :-

     

    PBT USAHA-USAHA PBT MENANGANI PENINGKATAN ANJING LIAR KOS    PERBELANJAAN (RM)
    MBSA I.         Penggunaan umpan dan perangkap.

    II.         Penggunaan sumpitan pelali.

    III.         Penggunaan penjerut.

    V.      Lantikan kontraktor penangkapan anjing berkeliaran.

    141,010.00
    MBPJ Menubuhkan pasukan kawalan anjing dengan menggunakan peralatan seperti “pole”, perangkap anjing dan “netting” sebagai kaedah penangkapan. 43,000.00

     

    PBT USAHA-USAHA PBT MENANGANI PENINGKATAN ANJING LIAR KOS    PERBELANJAAN (RM)
    MPK Kaedah yang dijalankan di MPK ialah tangkapan secara berkala dan pelupusan anjing liar 80,000.00
    MPAJ Kaedah penangkapan menggunakan alat iaitu ‘loop’ 60,000.00
    MPS I.         Melaksanakan program KEMBIRI melalui sistem pelesenan anjing, MPS

    II.         Melaksanakan aktiviti tangkapan secara konventional (looping).

    III.         Dalam perancangan berkerjasama dengan NGO’s bagi melaksanakan program kembiri dan pendidikan untuk member kesedaran kepada orang .

    V.      Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan pelesenan anjing MPS.

    V.      Menguatkuasakan program pemandulan dalam sistem pelesenan anjing MPS.

    100,000.00
    MPSJ I.         Menjalankan operasi tangkapan anjing terbiar di lokasi-lokasi yang diadukan dan kawasan sekitar.

    II.         Kaedah tangkapan menggunakan ‘rod and loop’ serta perangkap anjing yang dikhaskan.

    III.         Jika tiada sebarang tuntutan, anjing-anjing akan dihapuskan dengan menggunakan kaedah ‘put to sleep’ setelah tamat tempoh kuarantin.

    V.      Setiap tuntutan akan dikenakan sejumlah bayaran termasuk kos makanan anjing-anjing terlibat.

    V.      Penduduk diminta tidak memberi makan kepada anjing-anjing terbiar.

    350,000.00
    MPKJ Kaedah yang digunapakai adalah tangkapan menggunakan tali pencerut perangkap dan makanan beracun mengikut keperluan koperasi. Lebih kurang 180- 250 tangkapan berjaya dilakukan setiap bulan 154,850.00
    MPSP I.         Diantara kaedah yang akan dilaksanakan adalah melalui pelalian dengan menggunakan kaedah tekanan angin (cadangan baru)

    II.         Perbelanjaan ‘put to sleep’ untuk anjing yang tidak di tuntut

    55,000.00
    MDKL I.         Melantik kontraktor untuk menangkap dan melupus (suntik mati)

    II.         Tangkapan dilakukan oleh Unit Vektor MDKL

    39,960.00

     

    PBT USAHA-USAHA PBT MENANGANI PENINGKATAN ANJING LIAR KOS    PERBELANJAAN (RM)
    MDKS Tangkapan melalui kaedah jerut dan penguatkuasaan undang-undang ke atas pemilik anjing tidak berlesen 3,200.00
    MDHS I.         Operasi berkala tanpa menunggu aduan dari orang awam

    II.         MDHS telah menjalankan operasi pada waktu malam iaitu (2) dua hari dalam seminggu

    50,000.00
    MDSB I.         Melantik kontraktor untuk menangkap dan melupus (suntik mati)

    II.         Memasang perangkap anjing

    26,750.00
    JUMLAH 848,920.00

     

    Sehubungan itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT telah menetapkan sasaran yang jelas dalam mengatasi masalah pembiakan anjing liar di Negeri Selangor iaitu untuk mengurangkan populasi anjing liar dengan melaksanakan kerja-kerja kawalan secara berterusan serta menguatkuasakan undang-undang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.