Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

155) ANJING LIAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikutan dengan aduan daripada NGO mengenai cara penangkapan anjing liar secara kejam oleh PBT, adakah kerajaan bercadang untuk bekerjasama dengan NGO bagi urusan mengenai anjing liar?

    Buat masa ini, kerajaan negeri belum mengadakan  kerjasama dengan  badan- badan bukan kerajaan untuk menangani masalah anjing liar. Walau bagaimanapun beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama-sama agensi yang terbabit bagi mengenal pasti isu tangkapan anjing liar yang kerap dilaporkan di dalam media massa. Di dalam menangani isu ini, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pihak NGO bagi menangani masalah berkenaan anjing liar. Cadangan penambahbaikan dari segi penangkapan anjing liar juga akan diterima untuk memantapkan tugasan penangkapan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.