Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

286) ANUGERAH TOKOH BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan anugerah tokoh belia yang pernah diberikan oleh kerajaan negeri dari tahun 2008 hingga kini dan penerimanya?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan anugerah kepada tokoh belia sebagai penghargaan kepada mereka dan telah disampaikan melalui program Sambutan Hari Belia yang telah diadakan pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Senarai Anugerah dan tokoh belia yang diberikan adalah sebagaimana berikut :-

    1. Anugerah Khas        – Mohd Zainuddin bin Ghazali
    2. Anugerah PeBT PBT – Majlis Perbandaran Klang (MPK)
    3. Tokoh Integriti           – Dato’ Nik Aziz bin Nik Mat

Lampiran

Tiada Lampiran.