Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

56) APAKAH PENCAPAIAN YANG BOLEH DISIMPULKAN OLEH KN UNTUK MENYELESAIKAN ADUAN POTH HOLE DI SELANGOR SELEPAS PENGGUNAAN (IRS)?

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah aduan dan status pada tahun 2017 mengikut susunan setiap kes yang disalurkan ke PBT, JKR, Syarikat Utiliti dan Pejabat Daerah dan Tanah?

    Selepas penggunaan Sistem ‘Intelligent Response Selangor’ (i-RS) pada 01  Ogos 2017, secara puratanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat menyelesaikan lebih daripada 75% pelaporan di dalam bulan yang diterima. Ini kerana terdapatnya beberapa situasi yang memerlukan penyelesaian jangka panjang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya menyelesaikan lebih daripada 85% pelaporan di dalam bulan yang diterima. Analisa menunjukkan bahawa terdapat ‘trend’ peningkatan prestasi di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    Untuk makluman, Pihak JKR Negeri dan Pejabat Daerah/ Tanah menyertai inisiatif ini bermula Januari 2018. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat Utiliti adalah tidak disenaraikan.

    Bermula 01 Ogos 2017 sehingga 31 Disember 2017 sebanyak 14,732 pelaporan berkaitan keadaan jalan belubang di negeri Selangor telah diproses menerusi Sistem i-RS. Walau bagaimanapun, sebanyak 3953 laporan telah disahkan di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diperincikan seperti berikut:

     

    Bil.

     

    PBT

     

    Jumlah Laporan Sah

    Jumlah Laporan Sah yang telah

    Diselesaikan

    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 325 284
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 969 711
    3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 771 710
    4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 388 374

     

     

    Bil.

     

    PBT

     

    Jumlah Laporan Sah

    Jumlah Laporan Sah yang telah

    Diselesaikan

    5 Majlis Perbandaran Selayang 345 273
    6 Majlis Perbandaran Sepang 39 35
    7 Majlis Perbandaran Klang 184 156
    8 Majlis Perbandaran Kajang 875 401
    9 Majlis Daerah Kuala Selangor 17 17
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor 34 24
    11 Majlis Daerah Kuala Langat 7 6
    12 Majlis Daerah Sabak Bernam 0 0
      JUMLAH KESELURUHAN 3953 2991

     

Lampiran

Tiada Lampiran.