Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

195) APAKAH STATUS PEMUTIHAN KILANG HARAM TERKINI DI SELANGOR?

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kilang-kilang yang dikenalpasti terlibat dalam perusahaan kitar semula plastik/sampah luar negara di Kuala Langat?

    1. Sebanyak 54 buah kilang hasil daripada siasatan dan aduan yang diterima. Hasil dari siasatan yang dijalankan sebanyak 41 kilang yang beroperasi menjalankan aktiviti berkaitan kitar semula plasti. Daripada jumlah tersebut sebanyak 14 buah kilang mempunyai lesen perniagaan yang sah dari pihak MDKL. Walau bagaimanapun daripada jumlah keseluruhan aduan tersebut, terdapat 3 buah kilang tidak menjalankan aktiviti kitar semula plastik dan 4 buah lokasi hanya dijadikan sebagai gudang simpanan
    • Jumlah aduan diterima : 54
    • Berlesen : 14
    • Tidak berlesen : 33 (Telah dilaksanakan operasi bersepadu siri1-4)
    • Kilang aktiviti lain :  7 (Kilang ini termasuk dalam senarai aduan yang diterima oleh pihak MDKL)

    Sejumlah 33 buah kilang yang beroperasi tanpa lesen di bawah aktiviti kitar semula plastik telah diambil tindakan di dalam operasi berpadu bersama sama pihak Jabatan Alam Sekitar, TNB, SPAN dan Air Selangor, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, PDT K.Langat dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Berikut merupakan bidang tugas dan kuasa agensi yang terlibat:

    Rumusan:

    1. Bagi tindakan penguatkuasaan terhadap kilang ini, MDKL telah menyita peralatan yang boleh dialihkan, mengosongkan bangunan tersebut dan menarik tali “seal” di pintu masuk premis tersebut. MDKL juga telah mengeluarkan 65 notis kesalahan dan 56 notis pemberitahuan.

     

    1. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat juga telah mengeluarkan sebanyak 7 notis 7A, Kanun Tanah Negara 1965 atas pelanggaran syarat syarat nyata

     

    1. Keadaan operasi berjalan lancar dan tanpa gangguan dari mana-mana pihak dan di kawal oleh pihak PDRM dengan baik. Pihak PDRM juga membantu Pihak JAS dalam penahanan 2 orang warga tempatan bagi tujuan mendapatkan maklumat berkaitan perniagaan

     

    1. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah “seal” 75 mesin memproses plastik, 2 unit janakuasa dan menyita 1 unit “water pump” dan menahan 2 orang warga tempatan bagi siasatan lanjut untuk mendapatkan

     

    1. Pihak imigresen telah menahan 60 orang warga asing di bawah Sub Seksyen
      • Seksyen 40, Ordinan Imigresen 1959 terhadap 10 buah

     

    1. Jabatan Kastam pula membuat semakan dokumen kepada 33 kilang ini untuk menyemak material dan peralatan di lokasi bagi kebenaran masuk barang tersebut. Pihak kastam juga telah mengambil tindakan menyita 7 crate beer

     

    1. Pihak JKKP telah mengeluarkan sebanyak 1 notis di bawah Seksyen 34(1), Akta Kilang dan Jentera 1967

     

    1. Pihak TNB mengambil tindakan dengan membuat pemotongan bekalan elektrik terhadap 17 premis yang beroperasi tanpa lesen.

     

    1. Pihak SPAN menyatakan kelulusan untuk pemotongan bekalan air akan diperolehi sebelum atau pada 31 Oktober 2018 dan telah membuat pemotongan bekalan terhadap 12 premis pada 6 September

     

    1. Pihak MDKL akan terus membuat pemantauan berkala bagi memastikan kilang-kilang ini tidak beroperasi dan menghentikan aktiviti sepenuhnya. MDKL juga akan terus bekerjasama dengan agensi yang lain untuk menyalurkan maklumat jika terdapat perkara yang menyalahi undang-undang di bawah bidang setiap agensi yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.