Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

177) Apakah Status Prestasi Pemutihan Kilang Haram Sehingga Kini

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri masih mahu melanjutkan lagi tempoh pemutihan yang sepatutnya berakhir pada 30 September 2020?

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 25/2019 bertarikh 28 Ogos 2019 telah bersetuju untuk meluluskan cadangan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor bermula 1 Oktober 2019 sehingga 30 September 2020.

    Walau bagaimanapun, MMKN ke 25/2020 bertarikh 8 Julai 2020 telah bersetuju untuk melanjutkan program ini sehingga 31 Disember 2020 berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuat kuasa susulan pandemik wabak Covid-19.

Lampiran

Tiada Lampiran.