Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

54) APLIKASI SMART SELANGOR PARKING

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jadual implementasi Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) sehingga aplikasi tersebut dilaksanakan di seluruh Selangor?

    Pada 1 Julai 2018, sebanyak enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telahpun menyertai dan menggunapakai Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) dengan jayanya. PBT tersebut adalah seperti berikut:

    • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
    • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
    • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
    • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
    • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

    Bagi meneruskan perancangan dan objektif untuk memudahcara pembayaran parkir kepada orang ramai menerusi satu aplikasi untuk seluruh Selangor, pihak SSDU telahpun mengenalpasti beberapa PBT lain yang boleh menggunapakai aplikasi SSP ini seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL). Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada persetujuan PBT berkenaan dan pihak pemegang konsesi parkir di situ iaitu Godell Sdn Bhd.

    Penyertaan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula adalah tertakluk kepada persetujuan daripada pihak MPK dan pembangun aplikasi Smart Parking MPKlang iaitu Aim-Force Software Sdn Bhd.

    Tiada keperluan untuk parkir berbayar di MDSB, MDHS dan MDKS buat masa kini.

Lampiran

Tiada Lampiran.