ARAK

20) ARAK

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah arak boleh dijual di kedai serbaneka seperti 7-eleven di Shah Alam malah turut berlaku di pekan kecil seperti Sabak Bernam sedangkan hal ini tidak berlaku sebelum ini ?

    Saya ingin menjelaskan bahawa penjualan arak memerlukan lesen untuk menjual
    liquor yang memabukkan di bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 melalui
    Lembaga Pelesenan Eksais Daerah. Definisi bagi ‘liquor’ yang memabukkan di
    bawah Seksyen 2(1), Akta Kastam 1967 iaitu termasuklah apa-apa cecair yang
    mengandungi lebih daripada dua peratus spirit pruf, yang sesuai atau bermaksud
    untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi, digunakan sebagai suatu
    minuman. Manakala definisi bagi ‘bir’ termasuklah ‘ale, stout, porter’ dan segala
    liquor tapaian lain yang diperbuat daripada ‘malt’. Oleh sebab proses penyediaan
    yang berbeza iaitu melalui penapaian, maka penjualan ‘bir’ tidak perlu dilesenkan di
    bawah Seksyen 35, Akta Eksais 1976 bagi jualan secara runcit. Walau
    bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pendekatan ‘self-regulating’ di
    Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai perintis bagi mengawal penjualan minuman
    beralkohol terutamanya ‘bir’ memandangkan tiada peruntukkan spesifik di dalam
    Akta Eksais 1976 yang mengawal penjualannya secara runcit. Pendekatan ini telah
    dilaksanakan selama lebih kurang setengah tahun dan semua pihak yang terlibat
    sedang melaksanakannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.