Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

6) ARAK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah tegas kerajaan bagi mengawal penjualan arak di premis-premis dalam negeri Selangor?

    PBT telah menetapkan garis panduan penjualan arak kepada peniaga minuman keras agar mematuhi garis panduan seperti:-

    • Mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman keras bagi orang yang berumur 18 tahun ke bawah;

     

    • Menetapkan jarak lokasi premis perniagaan minuman keras daripada rumah ibadat (masjid, surau, kuil, tokong), pejabat kerajaan, sekolah, hospital dan kawasan perumahan;

     

    • Mensyaratkan waktu operasi penjualan minuman keras kepada mengikut waktu yang dibenarkan contohnya sehingga jam 12.00 malam; dan

     

    • Mensyaratkan peniaga untuk memastikan pelanggan tidak minum minuman keras di hadapan premis dan tempat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.