Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

224) ASET AIR KERAJAAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berakah jumlah aset Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan loji-loji rawatan air di seluruh Selangor?

    Mengikut kajian yang telah dilaksanakan oleh Tetuan Erinco Sdn Bhd, jumlah aset air di seluruh Selangor bernilai RM12.35 bilion. Bagi aset yang berkaitan dengan Loji Rawatan Air yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah bernilai RM2,170,278,000.00.  Loji Rawatan Air yang telah dinilai tidak termasuk

    Loji yang dibina menerusi Perjanjian Konsesi seperti berikut:-

    i) Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (dibina oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd;
    ii) Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (dibina oleh SPLASH); dan
    iii) Loji Rawatan Air Wangsa Maju (dibina oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. Kajian penilaian ini juga tidak mengambil kira Loji Rawatan Air yang mempunyai kapasiti reka bentuk di bawah 4.0 JLH.

Lampiran

Tiada Lampiran.