Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

135) ASET-ASET SELANGOR YANG BERADA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan aset-aset Kerajaan Selangor yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan status semasa aset tersebut.

    Aset-aset Kerajaan Selangor yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada empat (4) iaitu :-

     

    BIL. ASET NO. HAKMILIK STATUS
    1. Kelab Sultan Sulaiman (KSS) Geran 71987

    Lot 3349

    Pendaftaran Kelab Sultan Sulaiman (1967) telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melalui surat bertarikh 3 Mei 2019. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk meneliti beberapa cadangan untuk mengembalikan peranan dan fungsi Kelab Sultan Sulaiman yang akan memanfaatkan penduduk di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
    2. Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur Geran 11262

    Lot 39

    Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membangunkan semula Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur menjadi sebuah Hotel Butik yang akan dinamakan sebagai The Court : Hotels & Resorts.
    3. Bangunan Muzium Muzik HSD 30048

    PT 26

    Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membangunkan semula Bangunan Muzium Muzik menjadi sebuah pusat pelancongan yang akan menumpukan pengisian untuk mempromosi pelancongan di Negeri Selangor dengan berkonsepkan Selangor In A Day yang akan dinamakan sebagai Selangor House.
    4. Pejabat Istana HSD 78065

    Lot 108

    Kegunaan Istana.

Lampiran

Tiada Lampiran.