Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

92) ASET MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aset tunai dan tidak tunai MBI kini?

    Aset tunai MBI berjumlah RM90juta merangkumi

    • Tunai transit yang disalurkan melalui Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor ke anak-anak syarikat di dalam bentuk geran
    • Tunai transit hasil daripada transaksi hartanah anak-anak syarikat

    Aset Tidak Tunai MBI

    Sepanjang 2014, mengikut rekod yang diperolehi aset tidak tunai MBI merangkumi tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri. Nilai aset ini tidak dapat ditentukan oleh kerana tiada transaksi yang signifikan dilakukan untuk menjana hasil tunai ke atas aset-aset tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.