Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

163) ASET MILIK YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan masa hadapan ke atas aset-aset milik Yayasan Selangor yang bernilai tinggi di Bukit Bintang, Kampung Baru dan Petaling Jaya.

    Yayasan Selangor memiliki tiga (3) bangunan pejabat berprofil tinggi yang terletak di
    Jalan Bukit Bintang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor. Ketigatiga bangunan ini merupakan penyumbang utama kepada hasil pendapatan Yayasan
    Selangor melalui penyewaan ruang bangunan.
    1.0 BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR.
    Penyewaan
    Bangunan ini terletak di tengah-tengah Kawasan Segitiga Emas (GTA), Kuala Lumpur.
    Bangunan ini mengandungi 12 tingkat ruang pejabat boleh sewa dan 2 tingkat basemen
    untuk tempat letak kereta.
    Peratus ruang yang telah disewa sehingga Julai 2010 adalah sebanyak 82.6% yang
    mana menyumbang sebanyak RM 478,015.00 sebulan kepada Yayasan Selangor.
    Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 15%.
    Tetuan Malayan Banking Berhad adalah merupakan ‘anchor tenant’ kepada bangunan
    ini di mana mereka menyumbang lebih kurang 34.6% daripada jumlah pendapatan
    sewaan.
    Pembangunan
    Bangunan Yayasan Selangor Jalan Bukit Bintang (BYS BB) bersama-sama bangunan
    The Pavillion, Berjaya Times Square, BB Plaza, Sg Wang Plaza, Lot 10 dan KL Plaza
    dan Star Hill terletak di dalam ‘Tourism Belt’ zon perdagangan utama dan GTA Pusat
    Bandaraya Kuala lumpur. Yayasan Selangor akan melaksanakan cadangan
    pembangunan semula hartanah ini kerana ianya sangat berpotensi selaras dengan
    tujuan untuk menjadikannya sebagai hartanah yang bernilai tinggi. Cadangan
    pembangunan ini akan melibatkan kerja-kerja menaiktaraf atau pengubahsuaian
    bangunan untuk menjadikannya ‘Grade A Commercial Building’ sesuai dengan syarat
    pembangunan yang diperuntukkan di dalam zon guna tanah pelan struktur Bandaraya
    Kuala Lumpur. Di antara cadangan konsep pembangunan yang akan dipertimbangkan
    oleh Yayasan Selangor untuk pelaksanaan berdasarkan ‘Feasibility Studies’ termasuk
    pembinaan Hotel, ‘Service Apartment’, ‘Prime Office Building’, Commercial Plaza dan
    Menaiktaraf Sidewalk Cafe.

    Cadangan menaiktaraf bangunan dan pembangunan semula kawasan siarkaki BYS BB
    ini akan meningkatkan nilai hartanah Bangunan Yayasan Selangor selain anggaran
    peningkatan pendapatan sebanyak 15 – 20% di atas pendapatan sedia ada dan
    anggaran pendapatan baru sebanyak RM5.0 Juta setahun. Juru perunding arkitek telah
    dilantik pada 9 Jun 2010 yang lalu untuk menyediakan konsep dan reka bentuk akhir
    untuk cadangan kedua-dua pembangunan tersebut.
    2.0 BANGUNAN YAYASAN SELANGOR KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR.
    Penyewaan
    Bangunan ini terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampong Baru, Kuala Lumpur.
    Bangunan ini mengandungi ruang pejabat setinggi 18 tingkat dengan 4 tingkat tempat
    letak kereta bawah tanah.
    Peratus ruang yang telah disewa adalah 92.3%. Kutipan sewaan bulanan bangunan ini
    berjumlah RM 307,357.00 pada akhir 2009 dan telah meningkat kepada RM 358,737.00
    pada Julai 2010. Peningkatan pendapatan ini adalah sebanyak 15%.
    Di bangunan ini Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan ‘anchor tenant’ dan
    menyumbang lebih kurang 56.6% dari jumlah pendapatan. Sementara University
    Kebangsaan Malaysia (UKM) menyumbang lebih kurang 25.8% dari jumlah pendapatan
    sewaan.
    3.0 MENARA YAYASAN SELANGOR PETALING JAYA.
    Penyewaan
    Bangunan ini terletak di tepi Lebuhraya Persekutuan dan bersebelahan dengan pusat
    membeli belah Amcorp Mall dan PJ Exchange Petaling Jaya. Di bangunan inilah
    terletaknya Ibu Pejabat Yayasan Selangor yang memenuhi 3 tingkat daripada 12 tingkat
    ruang pejabat boleh sewa.
    Peratus penyewaan adalah 97.6%. Jumlah pendapatan hasil daripada sewaan sebulan
    adalah sebanyak RM240,725.00 pada bulan Julai 2010. Ini merupakan peningkatan
    pendapatan sebanyak 15% berbanding pendapatan pada awal Januari 2010.
    Pembangunan
    Kedudukan Menara Yayasan Selangor yang terletak di dalam ‘District Commercial
    Center’ dan nukleus pembangunan Bandaraya Petaling Jaya sangat berpotensi untuk
    dibangunkan semula.
    Di antara cadangan konsep pembangunan yang akan dipertimbangkan oleh Yayasan
    Selangor untuk pelaksanaan berdasarkan ‘Feasibility Studies’ termasuk membina
    bangunan ‘Prime Office Building’ atau menaiktaraf dan mengubahsuai Menara Yayasan
    Selangor serta sistem bangunan selain pembangunan kawasan rezab tanah dan parit
    JPS di sekitar Menara Yayasan Selangor. Yayasan Selangor akan mewujudkan ‘PJ
    Walk’ yang mengandungi struktur komersial berkonsep peruncitan, ‘F&B’ dan rekreasi
    sebagai menjadi hub bagi penghuni bangunan berhampiran iaitu Amcorp Tower, PJ
    Tower, Bangunan TNB dan PJ Exchange dalam usaha menyediakan kemudahan aktiviti
    komersil dan riadah kepada penduduk setempat.
    Cadangan menaiktaraf dan pembangunan kawasan sekitar ini akan meningkatkan nilai
    hartanah Menara Yayasan Selangor selain anggaran peningkatan pendapatan
    sebanyak 15 – 20% di atas pendapatan sedia ada dan anggaran pendapatan baru untuk
    pembangunan ‘PJ Walk’ sebanyak RM4.8 Juta setahun. Juru perunding arkitek telah
    dilantik pada 9 Jun 2010 yang lalu untuk menyediakan konsep dan reka bentuk untuk
    cadangan kedua-dua pembangunan tersebut.
    4.0 KESIMPULAN
    Secara keseluruhannya, pengurusan baru Yayasan Selangor telah berjaya
    meningkatkan pendapatan sebanyak 15% dari pendapatan sebelum ini iaitu sebanyak
    RM150,900.00 sebulan jika dibandingkan bagi tempoh Januari hingga April 2010.
    Cadangan menaiktaraf bangunan dan pembangunan semula untuk Bangunan Yayasan
    Selangor Jalan Bukit Bintang dan Menara Yayasan Selangor Petaling Jaya pula,
    Yayasan Selangor dijangka dapat meningkatkan hasil pendapatan sebanyak 15 hingga
    20% di atas pendapatan sedia ada selain anggaran pendapatan tambahan dari
    pulangan pembangunan sebanyak RM9.8 Juta setahun apabila pembangunan
    ‘Sidewalk Cafe’ Bukit Bintang dan ‘PJ Walk’ siap sepenuhnya pada tahun 2011.

Lampiran

Tiada Lampiran.