Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

167) ASET YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan aset tunai dan senaraikan hartanah milik Yayasan mengikut daerah, Parlimen dan DUN?

    Sehingga Sept 13 jumlah aset keseluruhan YS termasuk tunai adalah sejumlah 371juta(aset tunai) YS:RM34.19 juta (jumlah aset semasa: RM106.96juta manakala aset tetap:RM264.73juta).

    Nilai semasa hartanah YS adalah 172.1 juta meliputi:

     

    • 3 bangunan utama 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Petaling Jaya
    • Rumah-rumah kedai di Rawang (7 unit)/Semenyih Sentral (6 unit)/Klang (4 unit) dan Petaling (56 unit)
    • Kondominium di Petaling Jaya (39 unit), Rawang (24 unit)
    • Rumah teres/banglo Kuala Selangor (14 unit), Rawang (3 unit)
    • Tanah-tanah YS adalah pegangan bebas dan pajakan jangka panjang meliputi Klang (di 2  tempat  jumlah  keluasan 59 ekar),  Shah  Alam  (1 tempat jumlah keluasan 1.145 ekar), Ulu Yam (1 tempat jumlah keluasan 13.797  ekar),  Kuala  Kubu  Baru  (2   tempat   jumlah   keluasan 18.5 ekar), Ulu Bernam (1 tempat jumlah keluasan 217 ekar), Dengkil (1 tempat jumlah keluasan 15 ekar), Kuala Lumpur (1 tempat jumlah    keluasan 9 ekar),    Kuala     Langat     (tempat     jumlah keluasan 3,154 ekar),Gombak (1 tempat jumlah keluasan8.3625 ekar) termasuk tanah-tanah di Kelang (2), SKC, Dengkil, Serendah, Shah Alam(1), Ulu Yam(1), KKB(2), Condo/Semi-D Templer, Condo Uni Tower PJ, Rumah2 Kedai Damansara, Dana-1, Rawang, Semenyih, Kuala Selangor.

     

    Yayasan Selangor juga memiliki 3 bangunan komersil yang utama dan beberapa aset-aset lain seperti berikut :-

     

    • Ibu pejabat YS di Petaling Jaya, Bangunan YS di Bukit Bintang dan Kg. Baru.
    • Rumah kedai, Kondominium, Rumah – rumah teres
    • Kem Bina Semangat
    • Ladang Kelapa Sawit di Pulau
    • Lain–lain tanah yang di dalam proses pembangunan di daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Kelang, Kuala Lumpur dan Hulu

Lampiran

Tiada Lampiran.