Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

286) AUTOMASI DALAM PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah teknologi-teknologi terkini yang sedang diteroka oleh Kerajaan sebagai langkah automasi sistem pertanian?

    Antara teknologi yang sedang diteroka sebagai langkah automasi pertanian di Selangor adalah seperti berikut:

    • Teknologi plant factory bagi penghasilan sayur-sayuran dalam bangunan;
    • Teknologi tanaman fertigasi menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan produktiviti;
    • Penggunaan teknologi air hydro, IOT dan akuaponik bagi pembangunan pertanian dalam bandar;
    • Penggunaan drone dalam pertanian bagi tujuan pemantauan dan penyemburan baja.

Lampiran

Tiada Lampiran.