Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

139) AUTONOMI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan UNISEL?

    Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di UNISEL Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius bagi memastikan graduan yang dilahirkan daripada UNISEL mempunyai kompeten dan berdaya saing di pasaran kerjaya. Justeru itu beberapa langkah telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan kualiti UNISEL berada di tahap maksimum. Antaranya ialah :

     

    • ( i ) Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memberi bantuan geran sebanyak RM20 juta bagi membaik pulih dan menyelenggarakan infrastruktur dan peralatan akademik bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada pelajar seterusnya dapat meningkatkan kualiti akademik di kalangan pelajar.

     

    • ( ii ) Penganjuran program-program berskala besar dan berimpak tinggi dianjurkan dengan kerjasama di antara kerajaan negeri dan UNISEL juga dapat memberi imej UNISEL positif di kalangan masyarakat melalui penglibatan pimpinan masyarakat, mahasiswa dan kakitangan UNISEL.

    Pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang yang melanjutkan pelajaran di peringkat tahun asas dapat menarik golongan cerdik pandai untuk menuntut di UNISEL segali gus memberi impak positif dalam akademik melalui perkembangan ilmu.

Lampiran

Tiada Lampiran.