Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

77) BADAN PENGURUSAN BERSAMA FLAT (JMB)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak pangsapuri dan flat tidak mempunyai JMB atau JMB mereka kurang aktif (tidak menghantar laporan tahunan kepada COB dan tidak mengadakan AGM setiap tahun). Bolehkah Kerajaan mengemukakan jumlah pangsapuri dan flat dalam negeri dan kawasan Balakong dan di antara mereka, berapa yang mempunyai JMB didaftar di bawah COB serta berapa JMB yang kurang aktif?

    Merujuk kepada rekod Pesuruhjaya Bangunan, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejumlah kawasan pangsapuri kos rendah yang mempunyai masalah pengurusan kerana JMB/ MC tiada atau tidak berfungsi mengikut kawasan PBT setakat 31 Ogos 2019 seperti berikut:-

    Bil. Nama PBT Jumlah Mengikut Kawasan
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 96
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 581
    3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 12
    4. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 102
    5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 102
    6. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 93
    7. Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) 110
    8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 1
    9. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 4
    10. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 19
    11. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 1
    12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 0
    Jumlah Keseluruhan 1,121

     

    Berikutnya adalah pecahan kawasan pangsapuri kos rendah bermasalah kerana JMB tiada atau tidak berfungsi di mukim Cheras termasuk kawasan Balakong.

    Nama Mukim Jumlah Kawasan Kemajuan Jumlah Petak Jumlah Projek kawasan Balakong
    CHERAS 42 5,944 2

     

Lampiran

Tiada Lampiran.