Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

38) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Badan Pengurusan Bersama atau ÒJoint Management BodyÓ (JMB) telah dilaksanakan oleh sesetengah pemaju tetapi kurang mendapat sambutan kerana pelbagai masalah sama ada dari penduduk ataupun pemaju. Setakat ini, berapakah jumlah JMB yang telah berjaya ditubuhkan di Selangor?

    Sehingga 31 Ogos 2008, terdapat 503 JMB telah berjaya ditubuhkan di 11 Pihak
    Berkuasa Tempatan yang mana Majlis Bandaraya Petaling Jaya mempunyai jumlah
    JMB yang tertinggi iaitu 98 JMB, diikuti Majlis Perbandaran Subang Jaya iaitu 97 JMB
    dan Majlis Perbandaran Kajang iaitu 78 JMB.

Lampiran

Tiada Lampiran.