Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

27) BADAN PENGURUSAN FLAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat flat kos rendah yang lama tetapi masih tidak dapat menubuhkan badan pengurusan bersama sekiranya menimbulkan pelbagai masalah infrastruktur, jadi adakah terdapat perancangan atau penyelesaian dari Kerajaan Negeri jika berlaku masalah?

    Berdasarkan peruntukan Seksyen 86,  Akta  Pengurusan  Strata  2013  (Akta 757), Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di pangsapuri berkaitan. Namun begitu, Kerajaan Negeri mendapati, pengurusan bangunan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa JMB atau MC adalah lebih baik kerana kos pengurusan yang lebih optimum. Oleh itu, Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa akan memperhebatkan strategi pelaksanaan Kempen “Pangsapuri Kita…Bersih, Ceria Dan Harmoni” (BCH)untuk memberi kesedaran kepada penduduk pangsapuri mengenai kepentingan penubuhan JMB atau MC serta tanggungjawab bersama untuk menjaga pangsapuri mereka khususnya kepentingan membayar caj penyenggaraan. Ini adalah kerana antara faktor kegagalan dalam menubuhkan JMB atau MC adalah disebabkan pemilik tidak berminat atau pemilik mempunyai tunggakan caj. Antara pangsapuri yang berjaya ditubuhkan JMB melalui program Kempen BCH adalah Pangsapuri Rimba Jaya, MBSA dan Pangsapuri Berembang, MPAJ. Bagi memastikan penubuhan JMB dan MC adalah penting, Kerajaan Negeri juga telah meletakkan keutamaan penerima bantuan ke atas apa-apa skim yang ditawarkan adalah kepada pangsapuri yang mempunyai JMB dan MC.

     

    Untuk membantu masalah penyelenggaraan yang dihadapi di pangsapuri kos rendah, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Skim CERIA (CARING GOVERNMENT FOR RESIDENTS’ IMPROVEMENT AID) dengan

    pertambahan dana pusingan daripada RM9 juta kepada RM13 juta dan terkini RM25 juta dengan membaikpulih atau menaiktaraf harta bersama secara perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk/pemilik.

Lampiran

Tiada Lampiran.