Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

287) BAGI TUJUAN UNTUK MENINGKATKAN PENDAPATAN HASIL CUKAI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan-cadangan daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi tindakan ke atas syarikat/pemaju yang tiada komitmen untuk membayar cukai taksiran selain daripada langkah-langkah yang sedang diambil oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan seketika?

    Terkini Kerajaan Negeri tiada cadangan mengambil tindakan ke atas syarikat pemaju yang gagal membayar cukai taksiran berikutan terdapat peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) seperti seksyen 148, tuntutan melalui lelongan harta alih, seksyen 151 lelongan harta tidak alih. Disamping itu juga PBT telah mengambil inisiatif membuat operasi sitaan serta mengadakan perbincangan bersama pemaju yang terlibat.

    Walau bagaimanapun, bagi membantu PBT Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan melalui Pekeliling Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bil.1 Tahun 2004 dengan mensyaratkan resit pembayaran cukai taksiran semasa dijelaskan dengan bayaran penuh sebelum sebarang transaksi urusniaga didaftarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.