Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

84) BAHASA-BAHASA ETNIK RUMPUN MELAYU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Selangor dalam memulihkan pembelajaran bahasa bahasa etnik rumpun Melayu yang dikhuatiri akan pupus dalam masa 20 tahun?

    Sehingga kini Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) belum merangkakan atau merancang secara khusus program pemulihan pembelajaran bahasa-bahasa etnik Melayu. Walau bagaimanapun etnik-etnik rumpun Melayu yang terdiri diantaranya etnik Bugis, etnik Jawa, etnik Minangkabau, etnik Banjar, etnik Mendeleng, etnik Rawa dan sebagainya telah pun menubuhkan pertubuhan atau persatuan masing-masing di peringkat kebangsaan yang mana mempunyai cawangannya di Negeri Selangor. Melalui persatuan-persatuan ini mereka telah pun menganjurkan berbagai-bagai aktiviti yang mana salah satunya adalah untuk memperkukuhkan bahasa ibundanya di kalangan ahli-ahlinya.

    Usaha-usaha PADAT dalam pengukuhan bahasa ini dibuat secara tidak langsung melalui persembahan lagu, puisi, sayumbara dan sebagainya. Untuk tujuan pemerkasaan bahasa ini, pihak PADAT mengusulkan agar semua pertubuhan-pertubuhan tersebut yang merangkakannya. Sungguhpun demikian PADAT berlapang dada untuk memberikan kerjasamanya dan membantu pelaksanaannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.