Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

146) BAIK PULIH BANGUNAN KERAJAAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa peruntukan yang disediakan bagi membaik pulih dan menaiktaraf bangunan-bangunan kerajaan, kompleks penghulu dan sekolah-sekolah yang diperuntukkan di Selangor khasnya di Semenyih?

    Untuk makluman, bagi tahun 2018 Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM 3 juta bagi kerja baik pulih bangunan kerajaan. Skop kerja merangkumi baik pulih kuarters kerajaan, kompleks penghulu dan Pejabat Daerah / Tanah. Manakala, bagi bangunan sekolah hanya Sekolah Rendah Agama dan Sekolah KAFA yang diberi peruntukan bagi kerja baik pulih bangunan oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.