Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

1) BAIKPULIH DAN NAIKTARAF KEMUDAHAN SUKAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah jumlah RM20,000 untuk baikpulih kemudahan sukan di setiap DUN sahaja yang diluluskan dalam Belanjawan 2015? Bagaimana jika kos melebihi RM20,000?

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan melalui Belanjawan 2015 adalah sebanyak RM12,075,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan. Berikutan, peruntukan sebanyak RM20,000.00 yang telah diperuntukkan kepada setiap DUN melalui PBT masing-masing adalah bagi Projek Menaiktaraf Kemudahan dan Infrastruktur Sukan di peringkat DUN seperti padang bola, gelanggang-gelanggang futsal, takraw dan badminton.

    Bagi Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan yang melebihi kos peruntukan RM20,000.00, pihak PBT perlu membuat permohonan dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri akan meneliti projek tersebut untuk pertimbangan selanjutnya berdasarkan baki peruntukan semasa.

     

    Selain itu, Projek yang telah dikenalpasti akan dibaikpulih untuk tahun 2015 adalah sebagaimana berikut :-

     

    BIL SUKAN TEMPAT ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)
    1 Hoki Stadium Hoki Majlis Perbandaran Klang 4,444,977.29
    Stadium Hoki Majlis Bandaraya Petaling Jaya 1,560,132.42
    2 Perahu Layar Pusat Latihan Perahu Layar, Batu Laut Morib Banting 200,000.00
    3 Gimnastik Artistik Pusat Sukan SUKSES, Seksyen 6, Shah Alam 1,500,000.00
    4 Gimrama 100,000.00
    5 Dewan Tempur 100,000.00
    6 Angkat Berat Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat 99,985.00
    7 Lawan Pedang Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam 100,000.00
    8 Tinju Stadium Sungai Besar, Majlis Daerah Sabak Bernam 171,203.43
    9 Memanah Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam 150,000.00
    10 Menaiktaraf lampu limpah Stadium Tertutup Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor 139,000.00  
    11 Menaik taraf bumbung Arena Kompleks Arena Petaling Jaya 500,000.00  
    12 Menaiktaraf Lampu limpah dan peralatan trek Stadium Jugra Stadium Jugra, Banting Majlis Daerah Kuala Langat 243,609.00  
    13 Menaiktaraf infrastruktur sukan Stadium mini MP Sepang 310.000.00  
    14 Menaiktaraf padang bola sepak Kompleks sukan MDKS 400,000.00  
    15 Menaiktaraf padang bola sepak dan trek bmx Batu caves selayang 250,000.00  
    16 Menaiktaraf pusat latihan muay selangor Kampung padang jawa 80,000.00  
    17 Kemudahan Sukan Dewan Undangan Negeri 1,120,000.00  
    Pihak Berkuasa Tempatan 275,000.00  
    18 Peralatan Sukan   275,000.00  
    JUMLAH KESELURUHAN 12,018,907.14  
    JUMLAH PERUNTUKAN 12,075,000.00  
    BAKI PERUNTUKAN 56,092.86  

Lampiran

Tiada Lampiran.