Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

180) BAJET KHAS PENYELENGGARAAN LIF RUMAH FLAT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri mempunyai bajet khas untuk mengatasi masalah lif-lif rosak di kawasan rumah flat?

    Untuk tahun 2010 Kerajaan Negeri mempunyai bajet khas sebanyak
    RM1,530,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Lima Ratus Tiga Puluh Ribu
    Sahaja) melalui Program Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang
    bertujuan untuk membaik pulih lif-lif di pangsapuri kos rendah memandangkan lif
    adalah komponen dan kemudahan asas yang penting dan perbelanjaan
    penyenggaraan lif adalah sangat tinggi untuk dibiayai oleh pembeli yang mempunyai
    pendapatan yang rendah.
    Walau bagaimanapun, kos sebenar bagi projek membaik pulih lif-lif di kawasan
    pemajuan kos rendah adalah seperti berikut:
    BIL KAWASAN PANGSAPURI BILANGAN
    LIF
    AMAUN (RM)
    1. Desa Mentari, Petaling Jaya 27 RM 557,300.00
    2. Taman Permai Indah, Klang 8 RM 600.000.00
    3. Taman Ampang Mewah,
    Ampang
    6 RM 480,000.00
    JUMLAH 41 RM 1,637,300.00
    Mesyuarat MTES pada 24 Jun 2010 telah meluluskan peruntukan tambahan
    sebanyak RM118,805.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lapan Belas Ribu Lapan
    Ratus Lima Sahaja) untuk menampung kos sebenar projek. Oleh demikian
    peruntukan baru bagi membaik pulih lif adalah berjumlah RM1,648,805.00 (Ringgit
    Malaysia: Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Lapan Ratus Lima
    Sahaja).

Lampiran

Tiada Lampiran.