Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

40) BAJET UNTUK BANTUAN RUMAH PRIHATIN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bajet untuk bantuan Rumah Harapan Prihatin yang telah dibelanjakan untuk tahun 2018?

    Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Morib di atas  pertanyaan yang dikemukakan. Pertama sekali, saya beranggapan soalan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Morib adalah mengenai Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Untuk makluman Yang Berhormat Morib, peruntukan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin bagi tahun 2018 telah dibajetkan sebanyak RM1.5 juta berbanding RM1 juta pada tahun-tahun sebelumnya. Peningkatan peruntukan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini jelas menunjukkan kejayaan-kejayaan yang dikecapi Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin yang telah banyak membantu rakyat di negeri ini bagi mendapatkan sebuah rumah yang selamat dan selesa untuk didiami. Terdapat dua jenis bantuan di bawah Program ini iaitu bantuan bina baru rumah 3 bilik beserta satu bilik air dengan kos RM50,000.00 bagi sebuah rumah dan bantuan baikpulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bagi sebuah rumah bergantung kepada kerosakan yang dialami.

    Di sepanjang tahun 2018, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah membelanjakan peruntukan sedia ada sebanyak RM1,255,234.96 merangkumi perbelanjaan bina baru dan baikpulih rumah melibatkan 9 daerah.

Lampiran

Tiada Lampiran.