Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

236) BALAI BOMBA & PENYELENGGARAAN KEGUNAAN BOMBA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap kawasan penempatan terancang mempunyai balai bomba?

    Setiap pemajuan yang dijalankan di Negeri Selangor perlu mematuhi keperluan Manual Garispanduan Perancangan Negeri Selangor (Edisi 3) dan syarat – syarat penyediaan kemudahan awam termasuk Balai Bomba merupakan keperluan di dalam Manual berkenaan. Kerajaan Negeri melalui PBT akan memastikan keperluan ini dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pemaju.

Lampiran

Tiada Lampiran.