Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

213) BALAI BOMBA YANG TIDAK DIBEKALKAN KELENGKAPAN ASET OPERASI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. 4 balai bomba dan penyelamat baru di Selangor tidak dibekalkan dengan kelengkapan aset operasi seperti jentera dan peralatan memadam kebakaran serta menyelamat. Adakah kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan demi menjaga keselamatan rakyat dan juga anggota bomba?

    Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Peruntukan bagi perolehan kelengkapan aset operasi JPBM adalah di bawah tanggungjawab pihak kementerian. Kerajaan Negeri percaya KPKT mempunyai perancangan dan peruntukan bagi melengkapi aset-aset operasi setiap Jabatan Bomba di seluruh Malaysia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.