Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

151) BALAI POLIS DAN BALAI BOMBA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah balai polis dan balai bomba dapat dibina di bandar Puncak Alam ini?

    Jabatan ini telah membuat Permohonan Projek Pembinaan Balai Bomba baru di Kawasan Puncak Alam dalam Rancangan Malaysia ke-Sebelas (RMKe-11) Rolling Plan 5th (RP5) bagi tahun 2020. Tapak yang strategik seluas 3 ekar yang dicadangkan ialah tapak rizab bomba di dalam kawasan tapak projek Eco World yang mana boleh diakses melalui Persiaran Mokhtar Dahari. Tapak ini dipilih dengan mengambil kira jarak dan masa bertindak (response time) untuk beberapa kawasan termasuk Bandar Puncak Alam, Bandar Saujana Utama, Taman Industri Alam Jaya dan Bandar Seri Coalfield dalam lingkungan tidak melebihi 10 minit untuk Pihak Bomba sampai ke lokasi kece

    POLIS DIRAJA MALAYSIA NEGERI SELANGOR

    a) Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh mewakili Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah membuat lawatan tapak cadangan pada 23 Ogos 2019 bersama pihak pemaju Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. (PAHSB). Perkara ini telah dikemukakan untuk kajian dan tindakan oleh pihak Bukit Aman. Sehingga kini, belum mendapat keputusan.

    masan.

Lampiran

Tiada Lampiran.