Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

118) BALAI POLIS DAN BALAI BOMBA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah balai polis dan balai bomba dapat dibina di Bandar Puncak Alam ini?

    1. Jabatan Bomba telah membuat Permohonan Projek Pembinaan Balai Bomba baru di Kawasan Puncak Alam dalam Rancangan Malaysia ke-Sebelas (RMKe-11) Rolling Plan 5th (RP5) bagi tahun 2020.

     

    Tapak yang strategik seluas 3 ekar yang dicadangkan ialah tapak rizab bomba di dalam kawasan tapak projek Eco World yang mana boleh diakses melalui Persiaran Mokhtar Dahari. Tapak ini dipilih dengan mengambilkira jarak dan masa bertindak(response time) untuk beberapa kawasan termasuk Bandar Puncak Alam, Bandar Saujana Utama, Taman Industri Alam Jaya dan Bandar Seri Coalfield dalam lingkungan tidak melebihi 10 minit untuk Pihak Bomba sampai ke lokasi kecemasan.

     

    Manakala pihak PDRM pula sedang membuat kajian terperinci kesesuaian lokasi tempat atau tapak untuk cadangan pembinaan Balai Polis Puncak Alam. Setakat ini tiada cadangan pemberian mana-mana tanah/tapak/ bangunan daripada mana-mana pihak termasuk Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.