Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

48) BALAI POLIS TAMBAHAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan merancang untuk membina balai polis tambahan di sekitar Kota Damansara?

    Pada masa ini, pihak IPD Petaling Jaya tiada apa-apa perancangan untuk mewujudkan tambahan balai baru di sekitar Kota Damansara, memandangkan telah sedia ada balai polis Kota Damansara yang terletak di bangunan Central Park, Dataran Sunway, Petaling Jaya. Balai Polis ini telah beroperasi sejak 15hb Mei 2008 dengan kelulusan waran perjawatan K16/2008 seramai 73 orang personel. Namun lokasi bangunan ini tidak begitu strategik dan sukar di akses oleh orang awam kerana ia terlindung dengan bangunan komersial di sekeliling balai tersebut.

     

    Dengan keluasan 18km persegi dan populasi kepadatan penduduk seramai 90,504 orang, pihak IPD Petaling Jaya berpendapat tidak wujud keperluan untuk penambahan balai polis baru di kawasan tersebut. Pihak IPD Petaling Jaya telah mengambil inisiatif untuk membuat penambahbaikan dengan mengemukakan kertas cadangan bagi balai polis Kota Damansara yang sedia ada untuk dinaiktaraf. Walau bagaimanapun, usaha ini masih di dalam proses di peringkat IPD Petaling Jaya memandangkan tapak/lokasi yang strategik dan senang di akses oleh orang awam masih belum diperolehi.

Lampiran

Tiada Lampiran.