Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

257) BALAI RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan disediakan oleh Kerajaan negeri untuk membaik pulih Balai Raya?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02004 – Kemudahan Asas Desa untuk tahun 2015 khas untuk kemudahan asas desa yang boleh digunakan bagi projek menaiktaraf balairaya mengikut keperluan. Walau bagaimanapun, kelulusan projek adalah tertakluk kepada keperluan serta kewajaran kos projek yang dicadangkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.