Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

37) BALAI RAYA DAN DEWAN UNTUK KEGUNAAN ORANG RAMAI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah balai raya di kawasan kampung dan Taman-Taman di seluruh negeri Selangor. Apakah perancangan dalam jangka masa terdekat terhadap kemudahan awam tersebut?

    Berikut adalah jumlah balai raya di seluruh Negeri Selangor :-

    BIL

     

    DAERAH JUMLAH BALAI RAYA (Buah)
    1. Petaling 103 buah

     

    2. Klang 66 buah

     

    3. Gombak 40 buah

     

    4. Hulu Langat  48 buah

     

    5. Sepang 52 buah

     

    6. Kuala Langat 77 buah

     

    7. Kuala Selangor 138 buah

     

    8. Hulu Selangor 94 buah

     

    9. Sabak Bernam 66 buah

     

    JUMLAH 684 buah

     

     

    Perancangan jangkamasa terdekat adalah menjalankan kerja-kerja membaik pulih terebih dahulu bagi mana-mana balai-balai raya yang memerlukan. Penyerahan pengurusan balai-balai raya tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju supaya sebuah balai raya di atas tanah Kerajaan bagi setiap kampung dijadikan balai JKKK. Balai JKKK ini diadakan bagi memudahkan JKKK kampung tersebut mentadbir kampung. Selain digunakan untuk mesyuarat peringkat kampung, balai JKKK ini juga digunakan sebagai tempat untuk penduduk kampung bertemu dengan Ahli JKKK bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Lampiran

Tiada Lampiran.