BALAI RAYA TERBIAR DI TANJUNG KERAMAT KUALA SELANGOR

51) BALAI RAYA TERBIAR DI TANJUNG KERAMAT KUALA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapa ianya terus terbiar dan mengalami kerosakan dan kecacatan?

    Premis adalah di bawah pentadbiran Kg Permatang yang terletak jauh daripada balairaya tersebut.

    Dibaikpulih oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor pada tahun 2010 dan 2011 melibatkan penyelenggaraan bangunan, tandas, pembersihan kawasan dan pagar.

    Diserahkan untuk penggunaan Persatuan Belia Tanjung Keramat tetapi persatuan tersebut telah tidak aktif selepas beberapa ketika.

    Memandangkan kedudukan jauh daripada pentadbiran JKKK Kg. Permatang, bangunan telah diceroboh dan dirosakkan (vandalisme) dan sukar untuk dijaga

Lampiran

Tiada Lampiran.