Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

177) BALAIRAYA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati banyak balai raya dan dewan orang ramai dalam DUN Dusun Tua telah rosak dan tidak di selenggara dengan baik semenjak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih bangunan tersebut. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan membaiki bangunan tersebut?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai peruntukan khas untuk baik pulih bangunan secara spesifik bagi balai raya yang rosak dan tidak di selenggara dengan baik tetapi berdasarkan kepada permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dari pejabat daerah masing-masing. Waran akan dikeluarkan di bawah kod kemudahan asas desa oleh pihak UPEN dan disalurkan melalui Pejabat Daerah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.