Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

272) BAN BENTENG SUNGAI KLANG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan Kerajaan Selangor dalam memastikan ban yang dibina untuk menjadi benteng di sekeliling Sungai Klang berhampiran dengan kampung seperti Kampung Sungai Udang dan Kampung Delek dalam keadaan selamat dan kukuh?

    Untuk makluman, panjang benteng Sungai dalam daerah Klang adalah 93km. Untuk Sungai Klang, JPS telah membina ban/benteng sepanjang 59km. Pintu kawalan air telah dibina di benteng dan borrowpit Sungai Klang bagi mencegah kemasukan air semasa air pasang tinggi. Air daripada saliran dalaman di kawasan penduduk dan pertanian akan disalurkan ke sungai Klang semasa paras sungai Klang rendah. Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan benteng dan borrowpit setiap tahun secara berkala untuk memastikan benteng sentiasa kukuh untuk menampung paras Sg Klang yang meningkat mengikut pasang surut

Lampiran

Tiada Lampiran.