Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

48) BANDAR BARU BANGI TETAP KOTOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Walaupun ada kempen kebersihan dan wujudnya zon bersih, masyarakat masih mengecop Bandar Baru Bangi tetap kotor. Adakah perkhidmatan kebersihan tidak begitu terancang?

    Perkhidmatan pembersihan dilakukan mengikut perjanjian secara interim dengan Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. Jadual disediakan berpandukan perjanjian yang telah dibuat. Walau bagaimanapun mana-mana jalan di bawah tanggungjawab MPKj dibersihkan oleh kontraktor AFSB (jalan-jalan taman perumahan). Mana-mana jalan di luar taman perumahan di bawah tanggungjawab MPKj dibersihkan oleh unit Task Force sampah. Mana-mana jalan di bawah tanggungjawab JKR diuruskan oleh kontraktor JKR. Pihak MPKj hanya membantu apabila keadaan benar-benar mendesak.

Lampiran

Tiada Lampiran.