Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

292) BANDAR SELAMAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pertambahan jumlah lampu dan CCTV yang dipasang untuk tujuan keselamatan? Nyatakan kos yang dibelanjakan

    Kerajaan Negeri telah memasang sebanyak 414 unit CCTV di seluruh Negeri Selangor dimana pencahayaan tambahan juga telah dipasang oleh setiap PBT di kawasan CCTV tersebut.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil langkah awal ke arah Perbandaran Selamat seperti berikut:-

    1. Menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di setiap PBT bagi memberi bantuan awal ketika berlakunya kecemasan antaranya banjir kilat, kebakaran dan kemalangan. Selain itu, pasukan ini juga telah diberikan latihan khas secara ‘Smart Partnership’ dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi penganjuran latihan dan kursus secara berterusan (on-going);
    2. Memberi peruntukan sebanyak RM5,000.00 setahun bagi melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan atau Polis Komuniti di semua kampung Tradisi, Kampung Baru/Bagan/Tersusun dan Komuniti India;
    3. Melaksanakan Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor (SEROJA) melalui penyelarasan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) kepada komuniti di pangsapuripangsapuri terpilih sebagai perintis. Selain itu, PBT telah menyediakan bantuan peralatan rondaan seperti rotan, wisel dan lampu suluh; dan
    4. Melaksanakan NKRA: Bandar Selamat di setiap PBT dengan kerjasama pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) seperti yang telah digariskan oleh Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004.

Lampiran

Tiada Lampiran.