Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

98) BANDAR SUNWAY

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang telah dibuat dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan Bandar Sunway sebagai tempat pelancongan di Selangor?

    Bandar Sunway memang telah menjadi destinasi pelancongan sama ada dalam negeri
    atau luar Negara khususnya pelancong-pelancong dari Timur Tengah oleh kerana
    mempunyai kemudahan infrastuktur pelancongan yang sempurna seperti hotel, taman
    tema, kompleks perniagaan & membeli belah, hospital dan Kolej Sunway & Universiti
    Monash. Usaha-usaha yang telah dibuat dan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi
    mempromosikan Bandar Sunway sebagai tempat pelancongan di Selangor antaranya
    ialah menyediakan serta mempamerkan brosur-brosur Sunway di Pusat Informasi
    Pelancongan, pihak Tourism Selangor Sdn Bhd telah menyediakan pakej-pakej
    pelancongan dengan mempromosikan Bandar Sunway, mengadakan promosi luar
    negara khususnya Timur Tengah iaitu seperti di Dubai, mengadakan pelbagai program
    dan aktiviti di sekitar Bandar Sunway dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.