Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

3) BANDAR WARISAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembangunan sejarah dan warisan setempat bandar-bandar seperti Kajang, Klang, Ampang, Batu Arang dan sebagainya?

    Perancangan pembangunan sejarah dan warisan setempat bagi :-

    • Kajang

    Merancangan Pembangunan Warisan dengan menentukan semula kawasankawasan bersejarah dan juga kaitan dengan kedatangan kaun Jawa di kawasan tersebut.

    • Klang

    Beberapa bangunan warisan seperti Gedung Raja Abdullah, bangunan bekas Pejabat Agama Islam Klang (PAID) dalam tindakan kerja-kerja konservasi dan naik taraf sebagai muzium. Pengekalan bangunan-bangunan warisan ini dapat dijadikan produk untuk pelancongan selain ia mengekalkan rupa Bandar warisan bagi daerah Klang.

    • Ampang

    Dalam tindakan mengenalpasti tapak-tapak yang berkaitan dengan warisan bagi tujuan pewartaan.

    • Batu Arang

    Dalam tindakan pewartaan oleh Jabatan Warisan Negara untuk dijadikan warisan.

Lampiran

Tiada Lampiran.