Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

191) BANGI PERLU DEWAN PERSIDANGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semasa YAB DatoÕ Menteri Besar turun padang ke Hulu Langat, 6 Mei 2011, Tuan Pegawai Daerah dalam ucapan alu-aluannya menyebut Bangi memerlukan sebuah dewan persidangan (kompleks serbaguna). Adakah DatoÕ Menteri Besar berpendapat permohonan ini wajar?

    Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap keperluan kemudahan awam yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang permohonan berhubung keperluan sebuah dewan persidangan (Kompleks serbaguna) di Bangi (Kompleks Pentadbiran Hulu Langat) daripada pihak Pejabat Daerah.

    Justeru, Kerajaan Negeri akan mengkaji kewajaran berhubung keperluan Dewan tersebut. namun demikian, kewajaran untuk membina dewan ini juga perlu dilihat dari aspek kesesuaian reka bentuk bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna serta kesesuaian tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.