Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

72) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh unit banglo dan rumah kelab. Kos keseluruhan bagi lima tahun adalah sebanyak RM 9,900,000. Kos perbelanjaan untuk seunit setiap bulan ialah RM 16,250. Jika kerajaan negeri ingin menyewakan banglo-banglo tersebut, berapakah kerajaan negeri akan menyewakan seunit banglo untuk sebulan?

    Agen-agen harta tanah telah dipanggil secara berperingkat-peringkat untuk melawat
    banglo-banglo tersebut. Cadangan daripada mereka yang diterima masih dikaji,
    sebelum Kerajaan Negeri menetapkan kadar sewa yang berpatutan.

Lampiran

Tiada Lampiran.