Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

15) BANGLO SULTAN SULAIMAN, FRASER’S HILL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan butir-butir tentang kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan yang akan dilaksanakan atas Banglo Sultan Sulaiman memandangkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta telah diluluskan atas tujuan tersebut

    Kerajaan Negeri Selangor mempunyai dua (2) buah banglo yang terletak bersebelahan antara satu sama lain di Bukit Fraser. Banglo yang dimaksudkan adalah Banglo Sultan Sulaiman dan Banglo Sri Selangor. Pada tahun 2015, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk menaik taraf banglo-banglo tersebut. Pihak JKR Selangor buat masa ini telah menyediakan butiran penaiktarafan untuk Banglo Sultan Sulaiman yang melibatkan kos sebanyak RM498,638.38 (RINGGIT MALAYSIA: EMPAT RATUS SEMBILAN PULUH LAPAN RIBU ENAM RATUS TIGA PULUH LAPAN DAN SEN TIGA PULUH LAPAN). Peincian tentang kerja-kerja penaiktarafan tersebut adalah seperti berikut:

    BIL. SKOP KERJA KOS (RM)
    1.0 Kerja Permulaan 1,500.00
    2.0 Kerja Membaikpulih Bangunan 140,632.40
    3.0 Kerja-kerja Luaran 146,505.98
    4.0 Kerja-kerja Di Bawah Wang Peruntukan Sementara 210,000.00
    JUMLAH ANGGARAN KOS 498,638.38

    Kerja-kerja naik taraf Banglo Sultan Sulaiman akan bermula pada Ogos 2015 dan dijangka siap pada Oktober 2015. Buat masa ini, pihak JKR Selangor sedang dalam proses penyediaan kos bagi naik taraf Banglo Sri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.